top of page
Search

Kemunculan iPhone 9 Dijangka Pada Mac 2020

Apple akan mula memasang iPhone 9 yang lebih murah pada bulan Februari dan pelancaran rasmi oleh syarikat yang berpengkalan di Cupertino,California itu dijangka pada bulan Mac, seperti yang dinyatakan dari sumber rantaian bekalan yang dipetik oleh Bloomberg.

Pemasangan telefon tersebut dilaporkan akan dibuat oleh pengeluar Hon Hai Precision Industry (Foxconn), Pegatron Corp dan Winstron Corp.

Laporan itu mendakwa iPhone 9 akan mempunyai rekabentuk yang diilhamkan oleh iPhone 8 dengan butang Touch ID, skrin 4.7 inci dan chipset A13 Bionic seperti yang terdapat pada iPhone 11.

Walau bagaimanapun terdapat kekeliruan samada rekabentuk yang diilhamkan dari iPhone 8 tersebut mempunyai butang Touch ID atau Face ID dengan paparan 5.4 inci.



Khabar angin tentang iPhone yang lebih murah seperti iPhone SE telah mula diperkatakan sejak 2017 sehinggalah sekarang.Adakah 2020 ini menjadi penentu ianya menjadi kenyataan?!

Kita nantikan kemunculannya.







0 comments

Recent Posts

See All

©2020 by Pilihan Pembelian Online Terbaik. Proudly created with Wix.com

bottom of page