top of page
Search

Sejarah Ringkas Adidas Yang Perlu Anda Tahu

Updated: Jan 15, 2020



Adolf Dassler


Adidas adalah sebuah syarikat berpengkalan di Herzogenaurach 19km dari Nurenberg negeri Bavaria Jerman. Ia ditubuhkan pada tahun 1920 sebagai pembuat kasut,pakaian & aksesori sukan. Ia bemula dengan Adi (Adolf) Dassler yang sekadar membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana ketinggian kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya perniagaan kecil-kecilan tersebut mulai mendapat sambutan hangat & membuahkan hasil yang memberangsangkan. Pada tahun 1924, Adi Dassler & saudaranya Rudolf Dassler menubuhkan “Dassler Brothers OGH” yang kini dikenali sebagai Adidas.

Komitmen Adi Dassler pada kualiti menjadikannya pembuat kasut berkualiti sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit terkenal pada masa itu untuk sukan Olimpik. Kemuncak kegemilangan kasut adik-beradik Dassler adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya dalam Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan memakai kasut buatan Dassler.















Pada tahun 1948, Adi & Rudolf memutuskan untuk berpisah & masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut ‘Puma’, Adi membuat jenama ‘Adidas.’ Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi & satu suku kata nama belakang Dassler yakni ‘das’ sehingga menjadi kata ‘Adidas’. Sekadar informasi bahawa nama sebenar dari Adi Dassler adalah Adolf Dassler, tetapi orang Jerman sering memanggil nama Adolf sebagai Adi. Disebabkan perkembangan kemajuan bidang penyiaran & telivisyen pada masa itu, Adidas menikmati keuntungan dari acara sukan seperti Olimpik & bola sepak, kerana logo 3 jalur mereka mudah dikenali dari jauh, lalu mendafarkan logo 3 jalur tersebut sebagai "trademark"/tanda dagangan dari Adidas.





The Trefoil & The Three Bars


Penggunaan logo Adidas sendiri baru digunakan pada sekitar tahun 1948, pada saat dua bersaudara Dassler tersebut berpisah. Secara visual, logo Adidas hanya berupa huruf Adidas, dengan nama Adolf Dassler diatasnya serta ilustrasi kasut ditengahnya. Dengan jenama ini, kasut buatan Adi Dassler mencapai titik kejayaannya, dengan penglibatan jenama kasut Adidas di kejohanan olahraga dunia seperti Olimpik Helsinki, Melbourne, Rom dan lain-lain. Serta ketika itu pasukan bola sepak Jerman menjadi juara dunia dengan menggunakan kasut Adidas.

Tidak dinafikan bahawa logo Adidas adalah sangat berkesan. Hampir sesiapa yang melihatnya boleh memberitahu anda bahawa ia adalah milik Adidas, dan banyak syarikat sanggup membelanjakan berbilion-bilion untuk pengiktirafan seperti itu. Logo Adidas mungkin berkesan kerana ia bermula dengan reka bentuk yang sangat mudah. Tiga jalur hitam menjadikannya reka bentuk yang sangat menarik, dan ia boleh diletakkan pada hampir mana-mana produk. Dengan sejarah yang panjang & komitmen kepada kualiti selama 100 tahun, Adidas masih lagi berdaya saing sebagai salah satu pengeluar pakaian & kelengkapan sukan untuk tahun-tahun mendatang.



























0 comments

Recent Posts

See All

©2020 by Pilihan Pembelian Online Terbaik. Proudly created with Wix.com

bottom of page