top of page
Search

Kemunculan Xiaomi Mi 10


Kehadiran berita telefon pintar Xiaomi yang akan datang iaitu Mi 10 pengganti kepada Mi 9 telah menular di internet beberapa bulan yang lalu dan sehingga ke hari ini,namun belum ada maklumat yang benar-benar meyakinkan.Beberapa hari yang lalu muncul gambar yang membenarkan berita sebelum ini yang menyatakan tentang quad-kamera dan ciri-ciri lain.

Berita baiknya kita kini mempunyai gambar iklan rasmi untuk dijadikan panduan.Dengan serta merta kita dapat mengenalpasti Mi 10 ini diinspirasikan daripada Mi Mix Alpha namun mempunyai gayanya yang tersendiri.

Di iklan tersebut juga terlihat Snapdragon 865 5G seperti yang dijangka sebelum ini, sambungan 5G tersebut adalah yang ditunggu-tunggu.Juga didapati tarikh 11 Februari pada iklan,ia cukup jelas menggambarkan pelancaran Mi 10 pada awal Februari ini.Nantikan kemunculannya!








0 comments

Recent Posts

See All

©2020 by Pilihan Pembelian Online Terbaik. Proudly created with Wix.com

bottom of page